Dalam jauh sebuah perjalanan ALLAH amanahkan sebuah perjuangan terimalah dengan kekuatan kadang sakit yang mendatang,kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai namun itulah ujian, semoga terus bersabar dalam perjuangan,kuatkan kakimu dijalanNYA, semoga keredhaaNYA sentiasa bersamamu...NUR DAIE

Wednesday, December 16, 2009

SeHari Di MaSjiD Kg PaRIt ArChong

1 comments
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang pada hari ini untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, pada 13 Disember 2009, Alumni Jambori KPIJ daerah Pontian & Batu Pahat telah bekerjasama dalam menjayakan program Alumni Jambori Remaja Islam Bersama Masyarakat yang mana sasarannya pada kali ini ialah di Masjid Kampung Parit Archong, Benut Pontian Johor.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan remaja Islam yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi, melahirkan remaja Islam yang dekat hatinya dengan aktiviti di masjid, membentuk remaja Islam yang mendorong orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi yang akan membantu pelajar, rakan sebaya dan masyarakat serta lebih bersifat yakin kepada diri sendiri.

Pada pagi itu sedikit taklimat ringkas mengenai tempat yang perlu dibersihkan iaitu kawasan masjid dan sekitarnya, kawasan kelapa sawit yang baru di tanam dan tanah perkuburan telah diberikan oleh Tuan Hj Hussin selaku Pengerusi Masjid Kg Parit Archong merangkap imam iii. Taklimat ringkas itu diakhiri dengan gelak ketawa dari adik-adik tatkala pengerusi mengatakan “ mesej kat rumput supaya jangan tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi saya cabut lagi”.





Selesai membersihkan kaw. masjid dan kaw. kelapa sawit kami berjalan untuk ke tanah perkuburan . Tanpa disangka beberapa orang anak kecil penduduk kg itu juga turut serta bagi membersihkan kaw perkuburan. Suasana di tanah perkuburan sayu seketika tatkala melihat beberapa orang peserta yang merupakan penduduk sekitar sedih mengenangkan allahyarham ayah, ibu serta datuk mereka. Sebelum beransur pulang ke masjid untuk makan tengahari dan solat zuhur berjamaah, sedikit tahlil ringkas telah dihadiahkan kepada allahyarham Hj Billak bin Hj Dumang dan Hj Tahir bin Hj Dumang serta kepada semua yang telah meninggal dunia.

Selepas solat zuhur beberapa orang sahabat kita termasuk YDP tidak dapat turut serta bagi meneruskan program kerana perlu pulang ke universiti masing-masing. Walaupun ketika itu kekurangan tenaga muslimin,dan dengan keadaan yang panas terik peserta yang hadir masih bersemangat untuk meneruskan khidmat ke rumah penduduk sekitar. Inilah semangat yang kita inginkan daripada adik-adik. Program berkhidmat sambil menderma pada petang itu telah diketuai oleh saudara Muhammad Hafiy bin Md Rusdi dan dibantu oleh saudari Sukemawati binti Billak.




Selesai solat asar berjemaah dan minum petang , sedikit ucapan penutup telah diberikan oleh penyelaras program seterusnya menjemput Tuan Hj Sulaiman bin Abdullah selaku imam ii bagi memberikan sedikit ucapan, dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama pihak masjid.

Akhir kata semoga program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat gandingan dan kerjasama dari semua pihak.

Tuesday, December 15, 2009

REHLAH MAHABBAH TAUTAN HATI

0 comments
Salam ukhuwwah buat semua sahabat KPIJ dan Alumni Jambori...Alhamdulillah pada tanggal 10 Disember 2009 yang lepas Alumni Jambori Kpij telah menganjurkan Rehlah Mahabbah Tautan Hati..Seramai 16 orang telah menyertainya yang terdiri daripada ahli-ahli dari kawasan Pontian dan Batu Pahat..semoga tautan hati antara kita diberkati Allah..



Friday, December 11, 2009

MASJID KG PARIT ARCHONG

0 comments


Sekali lagi, Alumni Jambori KPIJ Daerah Pontian dan Batu Pahat bekerjasama dalam mengadakan program khidmat komuniti bertempat di MASJID KG PARIT ARCHONG, BENUT PONTIAN JOHOR pada hari ahad 13 Disember 2009.

Kepada semua ahli Alumni Jambori KPIJ dijemput hadir bagi sama-sama kita berbakti kepada masyarakat. Kepada yang berminat juga kehadiran anda juga dialu-alukan. Semoga kerjasama dari anda semua mendapat keredhaan Allah.

" Remaja Islam Bersama Masyarakat"

Saturday, December 5, 2009

4 Golongan Lelaki yang ditarik wanita ke neraka

0 comments

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul !!

1. Ayahnya. Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya. Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah adik-adik akan jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya. Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

KHIDMAT KOMUNITI

0 comments
hai dik sms kat rumput jangan tumbuh lagi ke? hehehe

hadi: faiz tarik kuat2 sikit barulah tumbang pokok ni nanti

cepat2 k.sukma ambik gambar tu, senyum sokmo :)


arbaie: huhu letihnyer aku hari ni..

Selamat bercuti buat adik-adik semua...

Alhamdulillah pada 2 Disember 2009, KPIJ cawangan Rengit telah mengadakan Program Khidmat Komuniti di kawasan Rengit untuk peserta-peserta alumni jambori 2009. Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terlibat, termasuk Majlis Tertinggi KPIJ.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ialah gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar, membersihkan kubur dan membersihkan rumah penduduk sekitar.

Terima kasih diucapkan dan tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Semoga segala yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

PENGENALAN

0 comments


Salam Ukhuwwah salam perkenalan buat semua.
Selamat Datang Ke Blog ALUMNI JAMBORI.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kedatangan anda ke blog ini amat dialu-alukan. Ini merupakan laman blog kami yang pertama kalinya disiarkan untuk tatapan dan sumber maklumat mengenai penubuhan dan aktiviti ALUMNI JAMBORI kami.

Alhamdulillah pada 22 hingga 25 November 2009, Kesatuan Pelajar Islam Johor atau KPIJ telah pun menganjurkan satu program Jambori Remaja Islam 2009 yang bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan Tanjung Labuh Batu Pahat.

Program ini disertai seramai 104 orang peserta dari seluruh negeri Johor. Ini merupakan salah satu program yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh KPIJ. Antara objektif program ini ialah melahirkan remaja muslim yang bersifat survival berakhlak dan bermotivasi. Objektif ini dicapai melalui beberapa modul yang telah dirancang seperti compas marching, show parade, bola impian dan beberapa modul yang berbentuk kerohanian.

Segala cadangan, komen dan pandangan yang bernas bolehlah anda kemukakan kepada kami untuk memperbaiki mutu dan tingkat upaya BLOG ini.
Sekian, terima kasih.