Dalam jauh sebuah perjalanan ALLAH amanahkan sebuah perjuangan terimalah dengan kekuatan kadang sakit yang mendatang,kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai namun itulah ujian, semoga terus bersabar dalam perjuangan,kuatkan kakimu dijalanNYA, semoga keredhaaNYA sentiasa bersamamu...NUR DAIE

Tuesday, June 1, 2010

Komuniti D'hearty KPIJ'10

0 comments



Assalamualaikum W.B.T..Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan penuh kasih sayang dan nikmatnya yang tidak terhingga, membolehkan KPIJ dapat mengadakan program folow up alumni Jambori Remaja Islam dan BEST. Program yang diberi nama "Komuniti D'hearty KPIJ'10" diadakan di Masjid Bagan rengit Batu Pahat johor,dengan penglibatan 70 0rang peserta dan 11 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli kpij tegar.Peserta yang terlibat adalah dari Alumni Jambori Remaja Islam dan BEST'10.Program berlangsung pada 28 Mei 2010 iaitu pada harim jumaat. Progaram berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7.00 petang. aktiviti yang dijalankan adalah khidmat komuniti di masjid dan kawasan sekitar bermula jam 9 pagi hingga jam 12 untuk memmberi laluan pada waktu zohor dan solat jumaat.Program kemudianya disambung pada jam 2.30 ptg dengan aktiviti Explorace Ilmu Allah. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah para ahli kpij dengan masyarakat sekitar dan memberi latihan awal turun ke lapangan. sepanjang eplorace peserta dikehendaki untuk pergi ke rumah masyarakat sekitar untuk melakukan khidmat komuniti dan berkenalan dengan masyarakat sekitar. pengisian masa lapang juga antara matlamat program ini dijalankan. Hal ini kerana masa lapang yang dipinyai oleh remaja perlu diisi dengan program yang bermanfaat seperti ini. Sepanjang explorace juga peserta perlu melalui beberaa check point yang mana di setiap check point peserta akan diterangkan tentang ilmu seperti seni bina lanscape, bahasa melayu, pengajian warisan dan akaun yang mana semua ilmu ini mempunyai tanda kebesaran Allah.Bukan sahaja ilmu agama, malah ilmu2 seperti ini juga adalah ilmu Allah dan bukti kekuasaanNya.Ada diantara check point yang mengajar Peserta tentang cara berwuduk dan bertayamum secara sempurna. Akhir kalam, program-program seperti ini perlulah dijalankan dengan lebih giat lagi agar kita dapat mencapai matlamat yang digariskan iaitu, membina tamadun khaira ummah dan memperkasa generasi dakwah dengan sentiasa mengaitkan perbuatan kita dengan sirah nabawiyah.program ini juga diharapkan dapat mendekati jiwa para remaja yang lebih sesuai dengan aktiviti yang lasak namun tidak tercicir dari pengisian rohani.kita sentiasa diingatkan untuk berusaha kerana Allah itu tidak memandang pada hasil, namun Allah memandang pada usaha..Wallahualam..:)

Tautan Hati

0 comments

Assalamualaikum WBT..alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kasih sayang dan rahmatnya yang tidak putus-putus, sekali lagi KPIJ telah berjaya mengumpul hati-hati yang ingin menyerah diri untuk sama-sama berkumpul mengesakan Allah S.W.T....usrah yang berlangsung pada 15 hbln Mei 2010 yang bertempat di pantai punggur rengit batu pahat johor dihadiri seramai 12 orang yang terdiri daripada 10 orang sister's dan 2 orang brother's. kebanyakan sahabat yang menghadiri usrah ini adalah alumni jambori dan alumni BEST..usrah tautan hati dimulakan dengan solat berjemaah bersama penduduk kg sg punggur. kemudian sahabat bergerak ke pesisir pantai dan memulakan sesi taaruf ringkas sambil duduk menghadap kearah pantai. perkongsian dimulakan oleh saudara khairulllah kemudian diikuti dengan perkongsian oleh sahabat yang lain.
remaja kini perlu didedahkan tentang realiti yang berlaku disekeliling mereka.mungkin saja yang berasal dari sekolah aliran agama masih berada di zon selesa kerana gejala-gejala ini tidak begitu menggangu keadaan di sekolah.namun bagaimana dengan sahabat lain yang terdedah dengan keadaan yang sangat mencabr??realiti inilah yang perlu di jelaskan kepada semua sahabat kpij agar kita bersedia dengan apa jua kemungkinan apabila kita melangkah kaki ke lapangan masyarakat.
usrah kali ini jua bermatlamat untuk mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli kpij yang secara hakikatnya jarang berjumpa akibat tuntutan jarak dan masa.emosi ahli-ahli dibelai dengan keadaaan sekeliling yang penuh dengan pencemaran yang dilakukan oleh manusia. sahabat juga dapat melihat sendiri bagaimana keadaan pemandangan ciptaan Allah dicemari oleh kelakuan sahabat yang lain yang jauh dari tarbiyah Allah.
selesai sesi perkongsian hati ke hati dan muhasabah iman, sahabat2 menjamu selera dengan hidangan ubi rebus yang dibawa. pada jam 6.30 petang usrah diakhiri dengan sesi fotografi dengan berlatar belakangkan pantai punggur.
diharapakan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijalankan dengan istiqamah dan niat semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T..

Saturday, March 20, 2010

BENGKEL SUKARELAWAN MUDA 2010

0 comments
Salam.... Insyaallah, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) akan mengadakan BENGKEL SUKARELAWAN MUDA 2010 pada ketetapan berikut:

TARIKH : 16-18 April 2010
TEMPAT : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
SASARAN : Pelajar menengah atas (ting 4,5 & 6, lepasan SPM, STPM & STAM
YURAN : RM20(termasuk penginapan, makanan & pengisian)

Antara objektif program ini ialah untuk mengumpulkan seberapa ramai anak Johor bagi menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri mereka. Program ini juga merupakan medium bagi melahirkan generasi muda yang proaktif, responsif dan berjiwa ummah dalam bersama masyarakat sejagat.

Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada 8 April 2010. Sebarang penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi:

ZUL IKRAM BIN ISHAK 013-3646958
NORHAFIZAH AHMAD 017-7917685

Wednesday, January 6, 2010

Alumni jambori Di Batu Pahat Mall

0 comments
















Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya masih kita masih dipilih untuk berada di jalan Allah dan jalan perjuangan yang penuh onak dan rintangan. Dalam pada kita sibuk dengan urusan seharian, Alhamdulillah sekali lagi kerana dizinkan oleh Allah S.W.T untuk mengadakan satu program yang diberi nama usrah riadah "Tautan Hati" yang dianjurkan oleh ahli-ahli Alumni Jambori dan dihadiri oleh ahli kpij sebagai pemantau aktiviti. Program dijalankan pada 16.12.09 bertempat di batu pahat Mall. seramai 26 orang telah sama-sama memeriahkan peogram tersebut.prog bermula pada jam 10 pagi kerana menunggu para sahabat yang hadir dari pelbagai tempat disekitar batu pahat dan pontian. aktiviti dimulakan dengan dengan sesi taaruf awal, bermain bowling dan acara ditangguh pada jam 1 ptg untuk memberi lauan kepada para sahabat menunaikan solat asar. aktiviti kemudiannya disambung lagi dengan pengisian yang di sampaikan oleh saudara harun. pada akhirnya peserta makan dan kembali kerumah masing-masing. Apa yang diharapakan dari aktiviti ini adalah sahabat-sahabat akan lebih mengenali sesama sendiri dana ukheah yang dibina akan dieratkan lagi. Diharapkan juga dengan cara penganjuran majlis ilmu yang pelbagai dapat mebuatkan hati- hati kita terus mencintai majlis ilmu, InsyaAllah..wallahualam.

Friday, January 1, 2010

USRAH ALUMNI JAMBORI DAERAH PONTIAN

0 comments


Alhamdulillah

Pada hari Jumaat 1 Januari 2010 Alumni Jambori Daerah Pontian telah mengadakan Usrah kali pertama di Rumah Sdri Sukemawati binti Haji Billak ( Penyelaras Alumni Jambori Daerah Pontian). Usrah yang di hadiri 6 orang ini membincangkan topic yang agak menarik iaitu “AZAM BARU, SEKOLAHKU KAU TUNGGU”. Topic ini di bincangkan bersempena tahun baru dan juga sesi persekolah yang akan bermual isnin depan.Sdr Khairullah yang merupakan Naqib Usrah ini menjelaskan konsep keazaman yang sebenar seperti yang di gariskan didalam Islam seiring dengan keazaman materi atau duniawi. Seperti di dalam doa ang sering di baca ketika akhir doa iaitu memohon kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Usrah berakhir Jam 5 petang,semoga generasi muda muslim muslih ini tetap kekal berjuang hingga akhirnya.


ALUMNI JAMBORI DAERAH JOHOR BAHRU

0 comments
Rentetan daripada program-program KPIJ lepas (Jambori Remaja,Sparkle Youth,Kemuda,JGU), pada 19 Disember 2009 yang lepas, seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada peserta-peserta jambori dari daerah Johor Bahru dan peserta-peserta baru juga dari daerah yang sama telah dikumpulkan sekali lagi oleh KPIJ daerah Johor Bahru dalam program “Eksplorasi KPIJ” yang bertemakan ‘Rehat,Riadah,Rehlah’ bertempat di Hutan Bandar,Johor Bahru. Objektif program ini adalah bagi mempertemukan semula peserta-peserta yang pernah mengikuti program KPIJ dari daerah Johor Bahru agar tidak terputus ukhwahnya, berkenal-kenalan dengan teman baru, sebagai mengisi kekosongan aktiviti peserta pada musim cuti persekolahan, dan mendidik peserta dari aspek fizikal, minda dan sahsiah.


Seperti yang dirancang,semua peserta berkumpul di Hutan Bandar pada pukul 8.30 pagi.Selepas sesi pendaftaran, aktiviti bermula dengan sesi ta’aruf pada pukul 9.00 pagi.Peserta dibahagikan kepada satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan. Permainan pertama dinamakan ‘Siapa awak?’. Peserta dikehendaki meminta tandatangan setiap daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang telah diberikan fasi. Kalimah salam dan berjabat tangan sambil memperkenalkan diri adalah syarat utama untuk mendapatkan tandatangan. Akhir sekali, peserta diminta memperkenalkan diri di hadapan dan memperkenalkan temannya yang mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Permainan ta’aruf kedua dinamakan ‘Curi-curi pipi’. Peserta duduk secara berpasangan sesama jantina. Fasi menunjukkan cara permainan dan permainan dimulakan.Kemesraan antara mereka mula terjalin setelah salam perkenalan dihulur. Masing-masing semakin gembira dan ceria. Aktivti diteruskan dengan permainan ‘Garisan Kejujuran’ . Disini diperlihatkan tentang kejujuran peserta itu sendiri.Seterusnya ialah permainan ‘Tunang,Kahwin,Cerai’ yang dikendalikan. Setiap peserta kekal dengan pasangan masing-masing. Apabila fasi manyebut ‘tunang’,’kahwin’, atau ‘cerai’ mereka dikehendaki melakonkan aksi yang telah dirancang. Sekiranya mereka bergerak selain daripada tiga perkara tersebut maka pasangan mereka telah kalah.

Bagi menggalakkan peserta berfikir secara kreatif dan kritis, Fasi membahagikan peserta kepada empat kumpulan. Permainan ini dinamankan ‘Kami Salesman’ . Mereka diminta untuk mencari apa sahaja barang yang terdapat di sekeliling mereka untuk dicipta dan dijadikan produk kumpulan. Setelah merekacipta dan berbincang, mereka membentangkan hasilnya kepada semua. Sesi pembangkangan dan mempertahankan kumpulan masing-masing benar-benar menghiburkan hati dan melahirkan rasa kagum fasi-fasi terhadap adik-adik yang berjiwa besar. Permainan ini dapat melahirkan rasa keyakinan dalam diri mereka.

Pada pukul 11.30 pagi, kami berehat sambil dihidangkan kudapan sederhana, sebungkus roti setiap seorang. Pada pukul 12.00 tengahari, Eksplorasi minda bermula.Peserta berada dalam kumpulan yang dipilih oleh mereka sendiri dan dikehendaki menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint yang disediakan. Setiap checkpoint dikendalikan oleh fasi yang terlibat. Permainan tamat pada pukul 1.30 petang dengan kemenangan berpihak kepada peserta lelaki. Selepas tamatnya permainan, para peserta berseronok dengan mandi-manda di tasik yang berdekatan. Manakala selepas menunaikan solat Zohor,kami bertolak ke Mustika Embun pada pukul 3.00 petang.


Di sana, kami disambut oleh kakak-kakak dan abang-abang PKPIM UTM dan ABIM Negeri Johor .Di sini,kami sempat berkenalan dengan sebahagian pimpinan PKPIM UTM Skudai dan ABIM Negeri .Pada pukul 4.30 petang semuanya bersurai. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap peserta kerana dapat mengikuti program ini. InsyaAllah,program sebegini akan dijadikan sebagai program berkala bagi KPIJ di bahagian Johor Bahru..

Hidup Islam..

Wednesday, December 16, 2009

SeHari Di MaSjiD Kg PaRIt ArChong

1 comments
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang pada hari ini untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, pada 13 Disember 2009, Alumni Jambori KPIJ daerah Pontian & Batu Pahat telah bekerjasama dalam menjayakan program Alumni Jambori Remaja Islam Bersama Masyarakat yang mana sasarannya pada kali ini ialah di Masjid Kampung Parit Archong, Benut Pontian Johor.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan remaja Islam yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi, melahirkan remaja Islam yang dekat hatinya dengan aktiviti di masjid, membentuk remaja Islam yang mendorong orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi yang akan membantu pelajar, rakan sebaya dan masyarakat serta lebih bersifat yakin kepada diri sendiri.

Pada pagi itu sedikit taklimat ringkas mengenai tempat yang perlu dibersihkan iaitu kawasan masjid dan sekitarnya, kawasan kelapa sawit yang baru di tanam dan tanah perkuburan telah diberikan oleh Tuan Hj Hussin selaku Pengerusi Masjid Kg Parit Archong merangkap imam iii. Taklimat ringkas itu diakhiri dengan gelak ketawa dari adik-adik tatkala pengerusi mengatakan “ mesej kat rumput supaya jangan tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi saya cabut lagi”.





Selesai membersihkan kaw. masjid dan kaw. kelapa sawit kami berjalan untuk ke tanah perkuburan . Tanpa disangka beberapa orang anak kecil penduduk kg itu juga turut serta bagi membersihkan kaw perkuburan. Suasana di tanah perkuburan sayu seketika tatkala melihat beberapa orang peserta yang merupakan penduduk sekitar sedih mengenangkan allahyarham ayah, ibu serta datuk mereka. Sebelum beransur pulang ke masjid untuk makan tengahari dan solat zuhur berjamaah, sedikit tahlil ringkas telah dihadiahkan kepada allahyarham Hj Billak bin Hj Dumang dan Hj Tahir bin Hj Dumang serta kepada semua yang telah meninggal dunia.

Selepas solat zuhur beberapa orang sahabat kita termasuk YDP tidak dapat turut serta bagi meneruskan program kerana perlu pulang ke universiti masing-masing. Walaupun ketika itu kekurangan tenaga muslimin,dan dengan keadaan yang panas terik peserta yang hadir masih bersemangat untuk meneruskan khidmat ke rumah penduduk sekitar. Inilah semangat yang kita inginkan daripada adik-adik. Program berkhidmat sambil menderma pada petang itu telah diketuai oleh saudara Muhammad Hafiy bin Md Rusdi dan dibantu oleh saudari Sukemawati binti Billak.




Selesai solat asar berjemaah dan minum petang , sedikit ucapan penutup telah diberikan oleh penyelaras program seterusnya menjemput Tuan Hj Sulaiman bin Abdullah selaku imam ii bagi memberikan sedikit ucapan, dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama pihak masjid.

Akhir kata semoga program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat gandingan dan kerjasama dari semua pihak.