Dalam jauh sebuah perjalanan ALLAH amanahkan sebuah perjuangan terimalah dengan kekuatan kadang sakit yang mendatang,kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai namun itulah ujian, semoga terus bersabar dalam perjuangan,kuatkan kakimu dijalanNYA, semoga keredhaaNYA sentiasa bersamamu...NUR DAIE

Wednesday, December 16, 2009

SeHari Di MaSjiD Kg PaRIt ArChong

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang pada hari ini untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, pada 13 Disember 2009, Alumni Jambori KPIJ daerah Pontian & Batu Pahat telah bekerjasama dalam menjayakan program Alumni Jambori Remaja Islam Bersama Masyarakat yang mana sasarannya pada kali ini ialah di Masjid Kampung Parit Archong, Benut Pontian Johor.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan remaja Islam yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi, melahirkan remaja Islam yang dekat hatinya dengan aktiviti di masjid, membentuk remaja Islam yang mendorong orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi yang akan membantu pelajar, rakan sebaya dan masyarakat serta lebih bersifat yakin kepada diri sendiri.

Pada pagi itu sedikit taklimat ringkas mengenai tempat yang perlu dibersihkan iaitu kawasan masjid dan sekitarnya, kawasan kelapa sawit yang baru di tanam dan tanah perkuburan telah diberikan oleh Tuan Hj Hussin selaku Pengerusi Masjid Kg Parit Archong merangkap imam iii. Taklimat ringkas itu diakhiri dengan gelak ketawa dari adik-adik tatkala pengerusi mengatakan “ mesej kat rumput supaya jangan tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi saya cabut lagi”.





Selesai membersihkan kaw. masjid dan kaw. kelapa sawit kami berjalan untuk ke tanah perkuburan . Tanpa disangka beberapa orang anak kecil penduduk kg itu juga turut serta bagi membersihkan kaw perkuburan. Suasana di tanah perkuburan sayu seketika tatkala melihat beberapa orang peserta yang merupakan penduduk sekitar sedih mengenangkan allahyarham ayah, ibu serta datuk mereka. Sebelum beransur pulang ke masjid untuk makan tengahari dan solat zuhur berjamaah, sedikit tahlil ringkas telah dihadiahkan kepada allahyarham Hj Billak bin Hj Dumang dan Hj Tahir bin Hj Dumang serta kepada semua yang telah meninggal dunia.

Selepas solat zuhur beberapa orang sahabat kita termasuk YDP tidak dapat turut serta bagi meneruskan program kerana perlu pulang ke universiti masing-masing. Walaupun ketika itu kekurangan tenaga muslimin,dan dengan keadaan yang panas terik peserta yang hadir masih bersemangat untuk meneruskan khidmat ke rumah penduduk sekitar. Inilah semangat yang kita inginkan daripada adik-adik. Program berkhidmat sambil menderma pada petang itu telah diketuai oleh saudara Muhammad Hafiy bin Md Rusdi dan dibantu oleh saudari Sukemawati binti Billak.




Selesai solat asar berjemaah dan minum petang , sedikit ucapan penutup telah diberikan oleh penyelaras program seterusnya menjemput Tuan Hj Sulaiman bin Abdullah selaku imam ii bagi memberikan sedikit ucapan, dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama pihak masjid.

Akhir kata semoga program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat gandingan dan kerjasama dari semua pihak.

1 comments:

NUR DAIE said...

SALAM..GEMBIRA BERSAMA KALIAN...